Sunday, June 16, 2024

Selamat Hari Jadi, Rakan Penaku Johanizah Johan

 Pada hari post ini adalah birthday ke xx, sahabat pena den, Johanizah Johan.

Fyi, beliau adalah rakan pena (penpal) saya masa awal2 sekolah menengah dahulu (late 80s). Kami berjumpa kembali, connect kembali, melalui Facebook, beberapa tahun lepas.

Cara kami berkenalan agak mudah. Saya lihat profile beliau dalam majalah kanak-kanak Kuntum, sekitar umur saya 11-12 tahun, di ruangan teman pena. Tengok pix beliau dan alamat beliau di Grik, Perak, menarik minat untuk saya menulis surat perkenalan kepada beliau. Zaman kami, tiada SMS / Whatsapp, jadi surat menyurat lah cara berkenalan :) Beliau membalas dan dari saat itulah, bermula perkenalan kami.

Kami pernah berjumpa face to face sekali. 1988, masa saya form 3. Saya singgah rumah beliau, berdasarkan alamat pos yg ada. Terkejut dia, but she was cool. :) Tapi jumpa camtu je, tak lama, just a few minutes, sebab masa tu, kami sekeluarga (parents n us) on the way ke Kota Bharu dari Kulim. 

Tapi, selepas itu, kami lost contact. Biasalah, kisah2 sahabat pena memang camni. Tapi, rupanya saya ada dua rakan-rakan belajar yang kenal dengan beliau, Haizam (MRSM Jasin) dan Aisyah ( PPP). Haizam ada pertalian saudara, dan Aisyah adalah rakan MRSM Balik Pulau beliau.

Oh well ;) nice knowing you my pen friend. 

Selamat hari jadi :D

Majalah Kuntum


No comments:

Post a Comment

Majlis Perkahwinan Nadiah Anak Ace with Muqri 8 Sept 2024

 Post will be updated :D