Saturday, January 7, 2023

Terima kasih Manisnya Cinta Anis Ayuni

Sekitar 2004, secara peribadi, saya memang agak 'down' pada masa itu. Masa itu, umur sudah 31, masih membujang dan masih mencari. Setelah berkali-kali direject oleh kaum hawa, memang lose hope untuk settle down. 

Pesta buku KLIBF yang dianjurkan setiap tahun, macam biasa saya adalah pengunjung setia pada tahun ini. 23 Mei 2004, waktu petang, berjalan2 dari booth ke booth, sampai saya ke booth Karangkraf. Ketika melihat2 buku, buku in terus menarik perhatian saya. Cover VW Beetle merah :) yg saya agak unik bagi saya. Saya angkat buku ini, saya baca sinopsisnya. Seakan2 ada persamaan dengan situasi diri ini -  mahukan cinta tetapi pesimis sama ada ia benar2 wujud. Baiklah, aku beli, detikku. Who knows, it might be a good read. Dan, setelah membeli, kebetulan, pengarangnya pun ada di kawasan penulis.

Saya dapatkan tandatangan beliau. Membahasakan diri kak Anis, beliau mengucapkan terima kasih atas pembelian.

Balik ke rumah, saya mula baca dan baca ... sehingga khatam berbelas kali pada tahun 2004. Feel watak utama Ifti Liyana amat berkesan sekali. I can feel her dreams and fears tentang cinta dan Nazmi. Dan ia memberikan saya harapan bahawa dalam diri ini, masih ada perasaan itu untuk mencintai dan dicintai. Terima kasih kak. :)

Sekitar 2013, apabila mendengar khabar novel ini akan diadaptasikan ke layar perak, saya teruja. Kak Anis ada update di facebook beliau tentang perkembangan-perkembangan adaptasi ini. Of course, saya beli novel edisi khas sempena filem ini :) (ada dua naskhah), dan menontonnya di pawagam apabila ia keluar. Watak Ifti oleh Faizura, dan watak Nazmi oleh Shaheizy Sam. It was an okay adaptation bagi saya. Bolehlah, bak kata biasa2. Dan selalunya, buku itu lebih best :D

Sebagai penutup, terima kasih Kak Anis atas buku ini :) One of the most meaningful books in my life.


muka pertama buku original

muka pertama edisi sempena filem



kiri - buku original, kanan - edisi sempena filem



cover poster filem

trailer filem

lagu rasmi filem







No comments:

Post a Comment

Lagu2 Tentang Kisah Kasih Lama

 Tiba2 teringat lagu2 ni tentang past loves/old flame, when tengah angau tentang an old crush. :) Mana satu lagu yang kalian suka? Debarge -...